Ceramah Ihya’ Ramadan yang bertajuk Terima Kasih Allah Pilih Kami Menjadi Tetamunya telah diadakan di Dewan Kuliah Utama ILP Marang bermula jam 8 pagi.

Ceramah ini telah disampaikan oleh Ustaz Haji Mohd So’od bin Chik iaitu Pensyarah dari IPG Kuala Terengganu.

Program ini telah dihadiri oleh semua kakitangan dan pelajar ILP Marang. Semoga dengan perkongsian ini dapat memberi kesedaran dan bermanfaat untuk semua.