Ya, ILP Marang merupakan sebuah institusi pengajian awam di bawah Jabatan Tenaga Manusia dimana terdapat 32 buah Institusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia iaitu 8 ADTEC, 1 JMTI dan 23 ILP. Kesemuanya di bawah seliaan Jabatan Tenaga Manusia (JTM), Kementerian Sumber Manusia (KSM).

Buat masa ini, terdapat 4 kursus yang ditawarkan iaitu;

1)    Sijil Teknologi Automotif

2)    Sijil Teknologi Plastik

3)    Sijil Teknologi Mekatronik

4)    Sijil Lukisan Perpaipan (Minyak & Gas)

 

Kelayakan untuk memasuki ILP Marang adalah;

–       Minima SPM (LULUS Bahasa Melayu, Matematik, Sejarah dan 1 Subjek Lain)

–       Warganegara Malaysia

–       Umur 17 tahun ke atas

Pengambilan ke ILJTM dibuat dua (2) kali setahun iaitu pada bulan Januari dan bulan Julai setiap tahun. Iklan akan dikeluarkan pada bulan Mac dan September.

Cara-cara memohon adalah secara Aplikasi Atas Talian (online).

1) Laman Web JTM (www.jtm.gov.my/permohonaniljtm)

2) Laman Web UPU, Jabatan Pengajian Tinggi (http://upu.mohe.gov.my)

Kursus – kursus yang dijalankan adalah kursus berteraskan kepada kemahiran, dimana penekanan terhadap kemahiran (antara 60 % hingga 70 %), manakala teori (antara 30 % dan 40 %).

Ya, semua kursus yang dijalankan di ILJTM diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) iaitu sebuah agensi dibawah Kementerian Sumber Manusia dan satu bonus tambahan kepada mereka yang mengikuti latihan di ILJTM dimana terdapat penambahan terhadap subjek – subjek yang diajar supaya pelajar berkenaan lebih bersedia untuk menghadapi dunia pekerjaan kelak

Lepasan pelajar ILP Marang boleh menyambung pelajaran ke institusi Latihan Kemahiran sama ada di bawah Jabatan Tenaga Manusia (JTM), Kementerian Belia dan Sukan dan MARA. Antara institut di bawah JTM ialah Japan-Malaysia Technical Institute (JMTI), dan Advanced Technology Training Centre (ADTEC). Institut berkenaan menawarkan latihan hingga ke peringkat Diploma dan Diploma Lanjutan.

Lain-lain institut ialah seperti Malaysian-France Institute (MFI), German Malaysian Institute (GMI), Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) dan lain-lain institusi yang menawarkan Diploma Kemahiran.

Pelajar  boleh menceburi bidang pekerjaan di sektor swasta mahupun awam kerana Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) telah mendapat pengiktirafan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
 

JTM, pada dasarnya tidak menetapkan sebarang had umur untuk memboleh semua masyarakat untuk mengikuti latihan di ILJTM, sesuai dengan slogan pembelajaran sepanjang hayat. Namun demikian oleh kerana beberapa sebab tertentu seperti pemberian pinjaman dan sebagainya maka penetapan umur perlu di tetapkan iaitu antara 17 tahun hingga 35 tahun (bergantung kepada program yang ingin diikuti). Namun demikian, mereka yang tidak layak dengan had umur berkenaan masih boleh lagi mengikuti latihan dalam beberapa program seperti latihan jangka pendek yang ada ditawarkan di ILJTM.

Tidak semestinya. Walaubagaimanapun, kebiasaanya jumlah pengambilan pelajar bagi setiap sesi adalah mengambilkira kepada bilangan kapasiti asrama.

Pemohon boleh menghubungi ILP Marang bagi mendapatkan maklumat atau terus ke Bahagian Pengurusan Pelajar dan Latihan (BPPL) 

Selain dari yuran, penginapan, makan dan minum yang diberikan secara percuma, Pengajar kami mempunyai kepakaran yang mampu memberikan proses latihan yang terbaik kepada pelajar terutamanya kepada belia. Disamping itu, hubungan baik dengan industri juga amat penting bagi memastikan segala kemahiran dan teknologi yang digunapakai selari dengan kepesatan teknologi kini.