Pelancaran Program Ihya’ Ramadan dengan kerjasama Ustaz Hisham & Biro Kerohanian MPP telah diadakan di Surau ILP Marang selepas Solat Zohor berjemaah.

Seterusnya menyaksikan Gimik Pelancaran Tabung Ihya’ Ramadan 1444H yang telah disempurnakan oleh Timbalan Pengarah Latihan iaitu Ts. Mohd Lazim bin Mat Lazi.