Institut Latihan Perindustrian (ILP) Marang adalah salah sebuah projek Kerajaan Persekutuan dibawah Kementerian Sumber Manusia (KSM) berkonsepkan Reka dan Bina. ILP Marang merupakan ILP yang ke-28 dibina dan merupakan Institut  yang ke-32 beroperasi dibawah Jabatan Tenaga Manusia (JTM). Majlis Pecah Tanah Projek ILP Marang telah diadakan pada 25 Ogos 2007 yang telah dirasmikan oleh YAB Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Idris bin Jusoh dan juga turut dihadiri oleh Dato’ Mokhtar bin Nong (Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu) , Dato Abdul Rahman bin Bakar ( Timbalan Menteri Sumber Manusia ) dan Dato’ Hj. Mohd Shariff bin Hussin (Timbalan Ketua Setiausaha (D) KSM). Manakala majlis penyerahan kunci  pula diadakan pada 4 Oktober 2010 diantara pihak Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR) yang diwakili oleh Y.BHG. Prof . Datuk Dr. Amer Hamzah bin Mohd Yunus  dan  Dato’ Hj. Mohd Shariff bin Hussin selaku wakil pihak Kementerian Sumber Manusia (KSM).

Fakta ILP Marang

Institut Latihan Jabatan Tenaga Manusia (IJLTM)  yang  ke 28 dibina
Tempoh bina selama 2 Tahun 9 bulan
Keluasan tapak seluas 50.71 ekar
P.T LOT 2335, 2336, 3967(1002), Mukim Jerung, Daerah Marang, Terengganu