Program Pendidikan Pengundi telah diadakan di ILP Marang bertempat di Dewan Kuliah Utama. Tujuan program ini adalah bagi memberi pendedahan serta memberi gambaran tatacara proses pengundian dilaksanakan. Sasaran program ini adalah berfokus kepada remaja yang baru berdaftar sebagai pengundi.

Pendedahan ini bagi membantu remaja agar melaksanakan pengundian dengan kaedah yang betul. Program sebegini merupakan antara inisiatif pihak SPR Malaysia untuk lebih mendekati masyarakat serta menyuntik semangat mengundi dalm kalangan anak muda.

Perkongsian ini telah disampaikan oleh En Zamri bin Mohd Jalil Iaitu Penolong Pengarah Pengurusan Latihan, Akademi Pilihanraya, Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia.