NAMA & KOD PROGRAM : TEKNOLOGI PLASTIK  MC-101-3:2015

PENGENALAN

Kursus ini memberi penumpuan mengenai penghasilan produk plastik melalui proses pengacuan suntikan (injection moulding). Selain itu, memberi tumpuan mengenai sifat dan ciri-ciri plastik (polimer) bagi proses pengacuan, penyemperitan, pemampatan pembentuk vacuum dan beberapa proses sokongan dalam menghasilkan produk berasaskan bahan plastik.

Para pelatih juga akan mempelajari cara penyediaan bahan, alatan, acuan serta mengenali jenis-jenis mesin pengacuan suntikan bagi penghasilan produk. Selepas itu, pelatih akan mempelajari proses penyeliaan pengeluaran seperti mengenalpasti, membaikpulih, mencegah masalah produk, membuat pemeriksaan kualiti dan sifat fizikal produk

Para pelatih juga akan didedahkan dengan mengenai bahagian pengurusan untuk merancang dan mengawal perjalanan operasi syarikat beserta penyelenggaraan dan kaedah yang betul dalam mengendalikan mesin.

TEMPOH PROGRAM

Dua Tahun  (24 Bulan)

PERSIJILAN

  • Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dan Tahap 3 ditauliahkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK);
  • Sijil Teknologi ditauliahkan oleh Jabatan Tenaga Manusia (JTM)

PELUANG KERJAYA

  • Peluang pekerjaan kebanyakannya dalam sektor perindustrian pembuatan dan kilang-kilang membuat barangan berasaskan Plastik
    Para lepasan kursus ini boleh mendapat pekerjaan sebagai :
    – Penolong pengurus pengeluaran plastik
    – Juruteknik penyelenggaraan mesin plastik dan yang berkaitan
    – Penyelia kilang
    – Pelukis pelan
    Mereka juga berpeluang melanjutkan pelajaran hingga ke peringkat Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) ke Tahap 3 & 4 (setaraf Diploma) dan Tahap 5 (setaraf Ijazah) di institut-institut kemahiran lanjutan seperti ADTEC, JMTI dan lain-lain

SYARAT KEMASUKAN (Minima)
1. Lulus SPM atau setaraf dengannya
2. Lulus Bahasa Malaysia, Matematik, Sains (atau Fizik, Kimia, Biologi) & Sejarah

SENARAI SUBJEK/MODUL YANG AKAN DIPELAJARI SEPANJANG PENGAJIAN :

Semester 1

  • E01-01-11 WORKSHOP PRACTICE AND SAFETY
  • E01-01-12 MATERIAL MANAGEMENT
  • E01-01-13 FUNDAMENTAL OF MOULD
  • E01-01-14 TECHNICAL DRAWING
  • E01-01-15 MOULD INSTALLATION
  • E01-01-16 FUNDAMENTAL OF INJECTION MOULDING
  • MT1121 MATHEMATICS 1
  • PH1081 PHYSIC 1
  • IT1061 COMPUTER APPLICATION 1
  • PI1031 / PM1041 ISLAMIC STUDIES 1 / MORALE STUDIES
  • TE1091 TECHNICAL ENGLISH 1

Semester 2

  • E01-02-11 AUXILIARY EQUIPMENT FUNCTION
  • E01-02-12 MOULD SET-DOWN PROCESS
  • E01-02-13 BASIC MACHINE MAINTENANCE
  • E01-02-14 COMPUTER AIDED DESIGN
  • E01-02-15 PLASTIC PROCESSING TECHNOLOGY
  • MT2121  MATHEMATICS 2
  • PH2081 PHYSIC
  • PI2031 / PM2041 ISLAMIC STUDIES 2 / MORALE STUDIES 2
  • TE2091  TECHNICAL ENGLISH 2

Semester 3

  • E01-03-11  PRODUCTION MONITORING
  • E01-03-12 PRODUCTION MATERIAL REQUIREMENT
  • E01-03-13 PRODUCTION PROCESS ACTIVITY
  • E01-03-14  INJECTION MOULDING PROCESS ACTIVITY
  • E01-03-15 ESSENTIAL PART MODELING BY CAD
  • MT3121 MATHEMATIC 3
  • ES3111 ENGINEERING SCIENCE
  • PI3031 / PM3041 ISLAMIC STUDIES 3 / MORALE STUDIES 3

Semester 4
LATIHAN INDUSTRI

Menu Program Sepenuh Masa