Institut Latihan Perindustrian (ILP) Marang adalah salah sebuah projek Kerajaan Persekutuan dibawah Kementerian Sumber Manusia (KSM) . Berkonsepkan “ Reka dan Bina “ dan tempoh siap projek ini adalah selama 33 bulan daripada surat Tawaran Kontrak diterima .ILP Marang merupakan ILP yang ke-28 dibina dan merupakan Institut yang ke-32 beroperasi dibawah Jabatan Tenaga Manusia (JTM). Majlis Pecah Tanah Projek ILP Marang telah diadakan pada 25 Ogos 2007 yang telah dirasmikan oleh YAB Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Idris bin Jusoh dan juga turut dihadiri oleh Dato’ Mokhtar bin Nong (Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu) , Dato Abdul Rahman bin Bakar ( Timbalan Menteri Sumber Manusia ) dan Dato’ Hj. Mohd Shariff bin Hussin (Timbalan Ketua Setiausaha (D) KSM).Manakala majlis penyerahan kunci pula diadakan pada 4 Oktober 2010 diantara pihak Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR) yang diwakili oleh Y.BHG. Prof . Datuk Dr. Amer Hamzah bin Mohd Yunus dan Dato’ Hj. Mohd Shariff bin Hussin selaku wakil pihak Kementerian Sumber Manusia (KSM).Klik disini untuk membaca teks ucapan Penuh Timbalan Menteri Sumber Manusia pada Sesi Majlis Pecah Tanah ILP Marang.
Maklumat Projek ILP Marang
.............................................................
Tapak
- P.T LOT 2335, 2336, 3967 (1002), Mukim Jerung, Daerah Marang, Terengganu
Keluasan Tapak
- 50.71 ekar
Pemilik
- Jabatan Tenaga Manusia / Kementerian Sumber Manusia
Kontraktor Utama
- Bina Alam Bersatu Sdn Bhd
Arkitek
- BZ Architect
Perunding Sivil & Struktur
- Jurutera Minsar Consult Sdn Bhd
Perunding Mekanikal & Eletrikal
- Emzex Consulting Engineers
Jurukur Bahan
- Zakaria-Lee & Partners Sdn Bhd
Konsultan ICT
- Holistic Consultant
Notis Hak Cipta | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Soalan Lazim
Pihak ILP Marang tidak akan bertanggung jawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman Portal ini. Portal ini sesuai dilayari pada resolusi 1024x768 piksel menggunakan pelayar Microsft Edge, IE (v10 ke atas), Firefox, Chrome, Opera, dan Safari.
Loading..