Cetak

Teknologi Automotif

Written by Nik Mohd Zaid on . Posted in Jabatan

Pengenalan

Kursus Teknologi Automotif di kendalikan oleh Bahagian Teknologi Automotif yang bernaung di bawah Jabatan Mekanikal Pengeluaran, Institut Latihan Perindustrian Marang. Kursus ini menumpukan kepada kereta - kereta penumpang dan kenderaan ringan.

Kursus Teknologi Automotif adalah yang melibatkan kerja-kerja menyelenggara, rombak rawat dan membaikpulih kenderaan dimana ianya melibatkan beberapa sistem enjin, sistem autoelektrik, sistem penghantaran, sistem penyaman udara, sistem brek, sistem stering dan sistem gantungan. Pelajar yang mengikuti kursus ini, akan didedahkan dengan penbelajaran teori dan praktikal yang mematuhi kehendak persijilan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) sehingga ke Tahap 3 dan pelajar dapat menyambung pengajian hingga ke Tahap 4 dan 5 di ADTEC yang menawarkan bidang berkaitan.

 

Objektif

  • Melahirkan tenaga kerja mahir didalam bidang Automotif yang diperlukan oleh sektor Industri Automotif Negara.
  • Meningkatkan kualiti kemahiran pekerja-pekerja industri bagi membolehkan mereka member sumbangan dengan lebih berkesan ke arah pembangunan Negara.
  • Mewujudkan peluang untuk belia lepasan sekolah mendapatkan latihan kemahiran yang sistematik bagi membolehkan mereka mendapatkan pekerjaan.
  • Melatih belia-belia lepasan sekolah dengan kemahiran dalam bidang Penyenggaraan Kerera bagi membolehkan mereka mendapatkan pekerjaan di sektorMelatih belia-belialepasan sekolah dengan kemahiran dalam  bidang Penyenggaraan kereta bagi membolehkan mereka mendapatkan pekerjaan di sektor pembinaan sama ada di jabatan kerajaan atau swasta.

 

Persijilan

Persijilan adalah dibawah kawalselia Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia. Belia yang berjaya menamatkan kursus dengan jayanya akan dianugerahkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) mengikut tahap yang diikuti.

 

Tempoh Pembelajaran

 Tahap 1 – 6 bulan

 Tahap 2 – 6 bulan

 Tahap 3 – 1 tahun

 

Peralatan Latihan

Kelayakan Masuk

 Tahap 1 – Memiliki sekurang-kurangnya SPM/SPMV.

 Tahap 2 – Memiliki tahap 1.

 Tahap 3 – Memiliki tahap 2.

 

Syarat – Syarat Umum Kemasukan

  • Warganegara Malaysia
  • Belum Berkhawin.
  • Sihat tubuh badan dan tidak cacat anggota.
  • Berumur antara 18 – 30 tahun.
  • Tiada rekod jenayah atau penyalahgunaan dadah.
  • Belum pernah mengikuti latihan kemahiran dalam bidang yang sama dari mana-mana institusi kecuali tahap yang berlainan (lebih rendah dari tahap yang dipohon).

 

Prospek Kerjaya

  • Juruteknik dalam bidang Penyenggaraan Kereta.
  • Usahawan dalam bidang berkaitan.
  • Tenaga pengajar di institusi kemahiran.

 

Kongsikan maklumat ini