Pengenalan
Jabatan Elektronik & Komputer Institut Latihan Perindustrian ILP Marang ditubuhkan sejak institut ini dibina bagi menampung keperluan tenaga mahir dalam bidang Elektronik, Komputer dan Mekatronik terutama bidang Teknologi Mekatronik dan Teknologi CADD Mekanikal (Oil & Gas).Dengan pengembangan pesat pembangunan negara, ILP Marang tidak ketinggalan dalam mengeluarkan tenaga mahir negara yang berkemahiran tinggi dan bersahsiah tinggi selaras dengan moto Institut sebagai “Peneraju Kemahiran Terbilang”.
Disamping itu, permintaan yang pesat dipasaran tenaga mahir negara terutama dalam bidang mekatronik dan CADD Mekanikal (Oil & Gas) turut menjadi faktor penubuhan jabatan ini di ILP Marang. Jabatan Elektronik & Komputer diketuai oleh seorang Ketua Jabatan yang dibantu oleh 2 orang Ketua Bahagian disamping barisan tenaga pensyarah yang berkemahiran tinggi dan berpengalaman. Setakat ini, Jabatan ini terdiri daripada dua (2) bahagian iaitu Teknologi Mekatronik dan Teknologi CADD Mekanikal (Oil & Gas). Jabatan ini juga menawarkan pengajian kemahiran di peringkat Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) iaitu Tahap 1,2 dan 3 dan peringkat Diploma Vokasional Malaysia (DVM) bagi pelajar lepasan PT3.
Fungsi dan Peranan :
Notis Hak Cipta | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Soalan Lazim
Pihak ILP Marang tidak akan bertanggung jawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman Portal ini. Portal ini sesuai dilayari pada resolusi 1024x768 piksel menggunakan pelayar Microsft Edge, IE (v10 ke atas), Firefox, Chrome, Opera, dan Safari.
Loading..