Unit Komuniti dan Khidmat Sokongan Pekerjaan adalah merupakan satu organisasi yang bertanggungjawab bagi memastikan pelajar-pelajar yang akan menamatkan latihan di ILP Marang akan mendapatkan pekerjaan. Unit ini akan menyediakan perkhidmatan dan kemudahan-kemudahan kepada pelajar untuk menetapkan laluan kerjaya mereka.
Objektif
• Bertindak sebagai medium perhubungan dengan syarikat-syarikat di sekitar ILP Marang dalam mempromosikan pelajar keluaran ILJTM.
• Menguruskan semua hal ehwal kerjasama antara industri dan institut serta meningkatkan penyertaan pihak industri dalam latihan yang dijalankan di ILJTM.
• Memberi keyakinan kepada industri bahawa pelajar keluaran ILJTM adalah berkualiti dan memastikan pelajar-pelajar ILJTM mendapat pekerjaan sebaik sahaja menamatkan latihan.
• Menyelaras dan menyelia promosi latihan yang melibatkan iklan, promosi di radio dan tv, ceramah di sekolah dan mengambil bahagian dalam pameran-pameran yang dianjurkan oleh Kerajaan atau pihak swasta.
Fungsi
1. Kerjaya
2. Kursus Jangka Pendek
3. Sistem Latihan Dual Nasional
4. Alumni
Notis Hak Cipta | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Soalan Lazim
Pihak ILP Marang tidak akan bertanggung jawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman Portal ini. Portal ini sesuai dilayari pada resolusi 1024x768 piksel menggunakan pelayar Microsft Edge, IE (v10 ke atas), Firefox, Chrome, Opera, dan Safari.
Loading..