Pengenalan
Kursus ini menekankan kemahiran dalam pengunaan perisian CAD dan alat pengukuran untuk menghasilkan lukisan sistem perpaipan bagi industri minyak & gas. Pelatih diajar cara menyelia projek sebenar dengan semua elemen penyeliaan, pengiraan kos, penyediaan kertas cadangan, lukisan perincian serta pembentangan kertas kerja.
Tempoh Latihan
1 tahun 9 bulan (21 bulan) termasuk Latihan Industri (di syarikat atau agensi berkaitan)
Kelayakan Akademik
Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
. Lepasan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM)
Persijilan
Keterangan Kursus
Dalam bidang kemahiran Teknologi CADD Mekanikal (Minyak & Gas). Semua modul yang terkandung di dalam latihan ini akan dinilai berasaskan keterampilan bagi memastikan setiap pelajar berkebolehan dan berkeupayaan melaksanakan modul-modul berkenaan mengikut tahap kemahiran yang dipelajari.Sukatan latihan ini dibangunkan mengikut format sukatan Institusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM) dan telah mengambil kira Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (National Occupational Skills Standard – NOSS) yang dibuat oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK). Sukatan latihan ini juga mengambil kira penambahan semua duti dan tugasan selaras dengan keperluan teknologi semasa dan memenuhi standard persijilan.
Diantara modul-modul yang terlibat adalah:-
A17-01-01 FUNDAMENTAL WORKSHOP PRACTISE
A17-01-02 DRAWING MANAGEMENT
A17-01-03 FUNDAMENTAL ENGINEERING DRAWING
A17-01-04 PROJECTION DRAWING
A17-01-05 DETAIL DRAWING
A17-01-06 ASSEMBLY DRAWING
A17-02-01 FUNDAMENTAL PROCESS CONCEPT
A17-02-02 COMMUNICATION PRACTICE
A17-02-03 PROCESS DESIGN
A17-02-04 SITE SURVEYING
A17-02-05 GENERAL ARRANGEMENT DRAWING
A17-03-01 3D PIPING DESIGN
A17-03-02 PIPE SUPPORT DRAWING
A17-03-03 ISOMETRIC DRAWING
A17-03-04 COST ESTIMATION
A17-03-05 RESOURCE MANAGEMENT
A17-03-05 PIPING PROJECT
Peluang Kerjaya
Berikut antara peluang kerjaya bagi pelajar Teknologi CADD Mekanikal (Oil & Gas):
- PELUKIS PELAN (PERPAIPAN MINYAK & GAS)
- PELUKIS PELAN (STRUKTUR)
- PELUKIS PELAN (PEMBUATAN)
Notis Hak Cipta | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Soalan Lazim
Pihak ILP Marang tidak akan bertanggung jawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman Portal ini. Portal ini sesuai dilayari pada resolusi 1024x768 piksel menggunakan pelayar Microsft Edge, IE (v10 ke atas), Firefox, Chrome, Opera, dan Safari.
Loading..