Perutusan Pengarah

Assalamualaikum, Salam Sejahtera.

Pertama sekali saya ingin mengucapkan selamat melayari Portal Institut Latihan Perindustrian (ILP) Marang. Tujuan portal ini dibangunkan adalah untuk memberi informasi berkenaan peluang latihan kemahiran yang terdapat di ILP Marang. Disamping itu, pengunjung juga dapat mengetahuai aktiviti dan program-program terkini yang terdapat di ILP Marang. Melalui medium seperti ini, segala maklumat dapat disampaikan dengan mudah, cepat dan berkesan.

Dari masa ke semasa ILP Marang sentiasa berusaha memenuhi kehendak pelanggan terutamanya pihak industri agar keluaran dari ILP Marang berkemahiran tinggi, berdaya saing, berdisiplin dan mempunyai sahsiah diri yang baik. Segala bentuk kerjasama yang dapat memberi manfaat kepada semua pihak sangat digalakkan dan sentiasa diutamakan.

Kami amat mengharapkan sebarang cadangan dan komen yang membina untuk dibuat penambahbaikan yang berterusan agar hasrat negara untuk melahirkan tenaga kerja berkemahiran tinggi, kreatif, berinovatif dan berdaya saing dapat direalisasikan.

Sekian, Terima Kasih.
Ts. NORLELA BINTI MUSTAFFA
Pengarah ILP Marang

Objektif

01

Membantu ke arah penggunaan tenaga manusia yang lebih optimum melalui program latihan perindustrian

Visi & Misi

02

VISI
Menjadi organisasi peneraju dalam membangunkan tenaga kerja yang berdaya saing

MISI
Mengeluarkan tenaga kerja yang berdaya saing

Strategi

03

Menyedia dan menjalankan program latihan kemahiran pra-pekerjaan untuk memenuhi keperluan sektor perindustrian di Malaysia

Meningkatkan taraf kemahiran pekerja untuk sektor perindustrian

Pengurusan Tertinggi

Organisasi

Ts. Norlela binti Mustaffa
Pengarah
Ts. Mohd Lazim bin Mat Lazi
Timbalan Pengarah (Pengurusan Latihan)
En. Solleh bin Seman
Timbalan Pengarah (Operasi)
En. Mohd Akmal bin Isa
Ketua Jabatan (Mekanikal Pengeluaran)
En. Mohd Rashid bin Mohamad
Ketua Jabatan (Eletrionik Komputer)
Pn. Fazlizah binti Ismail
Penolong Pegawai Tadbir

Piagam Pelanggan

Mengeluarkan tawaran kemasukan bagi kursus jangka panjang di ILJTM selewat-lewatnya tiga (3) minggu sebelum kursus bermula (Bahagian Pengurusan Latihan)

Memastikan pelajar-pelajar ILJTM disahkan layak dianugerahkan sijil/diploma dalam tempoh dua (2) bulan selepas tamat sesi latihan tamat.

Menjelaskan semua tuntutan bil-bil bayaran dalam tempoh 7 hari dari tarikh penerimaan dokumen lengkap. (Cawangan Kewangan)

Mengesahkan penerimaan aduan dalam tempoh 24 jam dan dan memberi maklum balas aduan dalam tempoh 7 hari bekerja

Memastikan setiap pelanggan yang berurusan di kaunter akan dilayan dalam tempoh masa 15 minit.