Assalamualaikum, Salam Sejahtera.
Pertama sekali saya ingin mengucapkan selamat melayari Portal Institut Latihan Perindustrian (ILP) Marang. Tujuan portal ini dibangunkan adalah untuk memberi informasi berkenaan peluang latihan kemahiran yang terdapat di ILP Marang. Disamping itu, pengunjung juga dapat mengetahuai aktiviti dan program-program terkini yang terdapat di ILP Marang. Melalui medium seperti ini, segala maklumat dapat disampaikan dengan mudah, cepat dan berkesan.
Dari masa ke semasa ILP Marang sentiasa berusaha memenuhi kehendak pelanggan terutamanya pihak industri agar keluaran dari ILP Marang berkemahiran tinggi, berdaya saing, berdisiplin dan mempunyai sahsiah diri yang baik. Segala bentuk kerjasama yang dapat memberi manfaat kepada semua pihak sangat digalakkan dan sentiasa diutamakan.
Kami amat mengharapkan sebarang cadangan dan komen yang membina untuk dibuat penambahbaikan yang berterusan agar hasrat negara untuk melahirkan tenaga kerja berkemahiran tinggi, kreatif, berinovatif dan berdaya saing dapat direalisasikan.
Sekian, Terima Kasih.
” Memperkasakan Kemahiran, Menyemarakkan Masa Hadapan ”
Ts. ZAHARI BIN JUSOH
Pengarah ILP Marang
