Fasiliti dan Kemudahan

Fasiliti dan Suasana kampus yang Kondusif

Penginapan
Kemudahan penginapan untuk pelajar-pelajar disediakan seperti berikut :-

  • Blok asrama bagi pelajar lelaki dan perempuan yang boleh menampung sebanyak 600 penghuni dalam satu-satu masa.
  • Bilik Pensyarah Pelawat, Bilik Penyelia Asrama, Bilik Warden
  • Surau dan Dewan Makan yang berdekatan asrama.

Kemudahan penginapan untuk kakitangan juga disediakan iaitu :-

  • Kediaman Pengarah, Kelas B
  • 4 unit kediaman Timbalan Pengarah, Kelas D
  • 1 unit Kediaman Ketua Warden, Kelas E
  • 32 unit Pangsapuri, Kelas F dan G

Rekreasi
Kemudahan rekreasi juga disediakan bagi mengisi masa lapang pelajar / kakitangan ILP Marang iaitu:-

  • Padang bola sepak, padang hoki, gelanggang tenis, sepak takraw, bola tampar, futsal, bola jaring dan dewan badminton.
  • Taman Permainan Kanak-kanak
  • Bilik Rehat yang dilengkapi dengan televisyen
  • Pondok rehat / wakaf untuk berehat
  • Astaka

Pembelajaran dan Latihan
Kemudahan-kemudahan pembelajaran yang disediakan di ILP Marang:-

  • Dewan Kuliah Utama dan Dewan Besar yang dilengkapi oleh peralatan audio visual.
  • Pusat Sumber
  • Makmal Komputer
  • Kemudahan Internet Percuma (Wireless)