I
nstitut Latihan Perindustrian (ILP) Marang adalah salah sebuah projek Kerajaan Persekutuan di bawah Kementerian Sumber Manusia (KSM) berkonsepkan Reka dan Bina. ILP Marang merupakan ILP yang ke-28 dibina sejak pembinaan ILP pertama iaitu ILP Kuala Lumpur pada tahun 1964. Kapasiti rekabentuk bangunan, bengkel dan fasiliti umum ialah seramai 600 orang pelajar.

Majlis pecah tanah projek ILP Marang diadakan pada 25 Ogos 2007 yang telah dirasmikan oleh YAB Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Idris bin Jusoh. Majlis ini turut dihadiri oleh Dato’ Mokhtar bin Nong (Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu), Dato’ Abdul Rahman bin Bakar (Timbalan Menteri Sumber Manusia) dan Dato’ Hj. Mohd Shariff bin Hussin (Timbalan Ketua Setiausaha – Dasar KSM).

Majlis penyerahan kunci pula diadakan pada 4 Oktober 2010 di antara Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR) yang diwakili oleh Y.Bhg. Prof. Datuk Dr. Amer Hamzah bin Mohd Yunus dan Dato’ Hj. Mohd Shariff bin Hussin selaku wakil KSM.

Pengambilan pertama pelajar kursus sepenuh masa dibuat pada tahun 2013. Sehingga tahun 2024, sebanyak 33 buah Institusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM) beroperasi di seluruh negara.

Fakta ILP Marang

--> Institut Latihan Jabatan Tenaga Manusia (IJLTM)  yang  ke 28 dibina
--> Tempoh bina selama 2 Tahun 9 bulan
--> Keluasan tapak seluas 50.71 ekar
--> Berkedudukan P.T LOT 2335, 2336, 3967(1002), Mukim Jerung,Daerah Marang, Terengganu

Â