Loading Events

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera,

Tuan/Puan,

MESYUARAT AGUNG PERTAMA KOPERASI KAKITANGAN INSTITUT LATIHAN PERINDUSTRIAN MARANG BERHAD TAHUN 2023

Dengan hormatnya, saya merujuk kepada perkara di atas.

  1.     Sukacita dimaklumkan bahawa KOPERASI KAKITANGAN INSTITUT LATIHAN PERINDUSTRIAN MARANG BERHAD telah diluluskan pendaftaran oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia
    bermula 27 Jun 2023 (Rujukan: skm.tr.(uu):80/5/68 (5).
  2.     Sehubungan dengan itu, kami ingin menjemput semua Kakitangan ILP Marang untuk hadir ke Mesyuarat Agung Pertama Koperasi yang akan diadakan seperti ketetapan berikut:

Tarikh        :  20 Ogos 2023 (Ahad)

Masa         :  9.30 Pagi

Tempat      :  Bilik Seminar ILP Marang

  1.       Perkara yang akan dibincangkan dalam Mesyuarat Agung Pertama adalah mengikut agenda seperti berikut:-
  1. a) Perlantikan Pengerusi Mesyuarat dan Setiausaha Mesyuarat
  2. b) Pengesahan Minit Mesyuarat Agung Permulaan
  3. c) Pelantikan Pengerusi dan Ahli Lembaga Koperasi
  4. d) Penetapan Had Siling Saham Koperasi
  5. e) Pelantikan Jawatankuasa Audit Dalaman Koperasi
  6. f)  Hal-hal lain
  1.    Bersama-sama ini, dimajukan surat jemputan rasmi ke Mesyuarat Agung Pertama untuk rujukan dan tindakan selanjutnya. Kerjasama tuan/puan dipohon untuk mengundi Pengerusi dan Ahli Lembaga Koperasiyang mana mereka perlu mengemukakan undian kepada urusetia melalui pautan atau imbasan QR code seperti di bawah sebelum atau pada 18 Ogos 2023 (Jumaat), jam 12.30 tengah hari:
  1. Pautan Undian Ahli Lembaga Koperasi  – https://forms.gle/wom922pz9rSEDAkc8
                                                         
  2. Perhatian dan kerjasama tuan/puan berhubung perkara ini didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

 

 

  • Start Time
    20 Ogos 8:00 am
  • End Time
    20 Ogos 11:00 pm