Lawatan 5S ke MPKB

Written by Nik Mohd Zaid on . Posted in Buletin

Pada 22 Mei 2013 lalu Staf ILP Marang telah mengadakan lawatan ke Majlis Perbandaran Kota Bharu. Lawatan ini bertujuan menambahbaikan amalan 5S di ILP. Sebagaiamana yang diketahui MPKB salah satu jabatan kerajaan yang paling awal mendapat pengiktirafan amalan 5S. Staf ILP dapat mempelajari dan berkongsi pengalaman MPKB dalam menjayakan amalan 5S ini. Turut serta lawatan ini Tuan Pengarah En Zulkiflie bin Omar. ILP Marang ke arah persijilan semula pada 5 Jun nanti.

Majlis Perhimpunan Bulanan 5/2013

Written by Super User on . Posted in Buletin

Isnin, 13 Mei 2013 - Majlis Perhimpunan Bulanan bagi bulan Mei telah diadakan pada hari ini yang dipengerusikan oleh Pn. Yuthnil Akmal bin Mat Duzki.Majlis bermula pada jam 8.30 pagi itu dimulakan dengan Bacaan doa oleh Encik Anuar bin Mat Hassan dan diteruskan dengan nyanyian lagu Negaraku, JTM dan Lagu korporat ILP Marang diikuti dengan bacaan Ikrar Penjawat Awam yang diketuai oleh Encik Ahmad bin Mahmood.

Bagi pengisian slot pengucapan Awam, Encik Nukhaie bin Berahim juga selaku penyelaras 5S ILP Marang telah memberikan ucapan beliau yang bertajuk “Kepentingan 5s”.Seterusnya Pengarah ILP Marang, Encik Zulkifle bin Omar dalam ucapan beliau memaklumkan tentang aktiviti aktiviti dan perancangan terdekat yang akan melibatkan ILP Marang.Majlis diteruskan dengan slot perkongsian (Biro Kerohanian MITSACC) yang diisi dengan tayangan video yang memaparkan akan keajaiban pernafasan.

Pada Majlis Perhimpuan kali ini juga , Majlis perasmian Program “Kearah persijilan semula 5S QE ILP Marang” telah dilancarkan dan disempurnakan oleh Pengarah ILP Marang .Selari dengan tujuan itu, Majlis penyerahan Hadiah / Cenderahati berdasarkan keputusan Audit Dalaman 5S ILP marang yang mana menyaksikan Zon Octopus diumumkan sebagai pemenang.Majlis diakhiri dengan Majlis penyerahan Watikah Perlantikan AJK MITSACC bagi sessi 2013-2015.Pihak ILP Marang mengucapkan selamat bertugas kepada semua yang terpilih.

Untitled-2

 

Untitled-3

Pra Audit oleh MPC

Written by Super User on . Posted in Buletin

Rabu, 15 Mei 2013 – ILP Marang pada hari ini telah melaksanakan Pra Audit bagi persijilan semula 5S QE ILP Marang.Ini merupakan sebagai satu pendekatan pihak bahagian Promosi bagi memastikan segala criteria criteria yang telah ditetapkan oleh pihak MPC dipatuhi sepenuhnya. Ini memandangkan ILP Marang djadualkan akan diaudit pada 5 Jun 2013 setelah sijil terdahulu yang akan berakhir pada 14 Mei 2013.

Program bermula pada jam 9.00 pagi yang dimulakan dengan taklimat yang disampaikan oleh Penyelaras 5S ILP Marang, Encik Nukhaie bin Berahim.Seterusnya pihak MPC yang diwakili oleh Cik Muhaslizawati binti Mohd Bakri membuat semakan fail keseluruhan zon-zon yang terlibat.Lawatan lokasi dimulakan dengan lawatan ke Zon Turtle yang diiringi oleh Ketua-Ketua Zon dan Ketua Ketua Jawatankuasa.Ianya merangkumi lawatan kesemua Bilik Kuliah, Makmal dan Ruang Kerja .Setelah selesai melawat Zon Tutrtle, Pihak MPC dibawa untuk melawat ke Zon Lobster yang juga turut diiringi oleh Pengarah ILP Marang, Encik Zulkifle bin Omar.

Lawatan seterusnya disambung pada jam 2.30 Petang yang mana melibatkan Zon Dolphin dan Octopus. Pelbagai teguran dan pendapat yang telah diutarakan oelh pihak MPC ketika sessi lawatan pasti akan diambil tindakan oleh semua Zon bagi memastikan ianya dapat dipenuhi dan dipatuhi sepenuhnya. Taklimat penutup yang disampaikan oleh pihak MPC adalah kemuncak bagi sessi audit kali ini yang mana segala teguran dan pendapat dapat disalurkan terus kepada semua pegawai pegawai ILP Marang yang menghadiri majlis penutup tersebut.Selamat maju jaya kepada ILP Marang untuk “persijilan Semula 5S ILP Marang”.

praaudit1

 

pra

Pemeriksaan Jentera Berperakuan

Written by Nik Mohd Zaid on . Posted in Buletin

Pada 13 Mei 2013 pihak Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Terengganu telah mengadakan pemeriksaan peralatan berjentera di ILP Marang. Pegawai JKKP Pn Shafiza bt Zakariah telah memeriksa mesin tekanan angin di bengkel yang terlibat. Pemeriksaan bertujuan memastikan ianya berfungsi dan kepatuhan keselamatan yang telah dijalankan.