Pengenalan
Institusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM) ditubuhkan bertujuan menyediakan dan melaksanakan program latihan kemahiran pra-pekerjaan bagi memenuhi keperluan sektor perindustrian negara. ILJTM terdiri daripada dua puluh dua (22) buah Institut Latihan Perindustrian (ILP), empat (4) buah Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) dan sebuah Institut Teknikal Jepun-Malaysia (JMTI). ILP menawarkan program peringkat sijil & sijil lanjutan, sementara ADTEC dan JMTI menawarkan program peringkat Diploma dan Diploma Lanjutan. Objektif utama ILJTM adalah untuk melahirkan tenaga manusia yang optimum melalui program latihan kemahiran perindustrian.
Pengambilan Pelajar
Pengambilan ke ILJTM dibuat dua (2) kali setahun iaitu pada bulan Januari dan bulan Julai setiap tahun. Iklan akan dikeluarkan pada bulan Mac dan September. Cara-cara memohon adalah secara Aplikasi Atas Talian (online) di Laman Web JTM (www.jtm.gov.my/online) bagi sesi kemasukan Januari dan di Laman Web UPU, Jabatan Pengajian Tinggi (upu.mohe.gov.my) bagi sesi kemasukan Januari atau Julai. Bagi permohonan melalui Laman Web UPU, pemohon dikehendaki membeli nombor unik ID di Bank Simpanan Nasional (BSN) melalui kaunter BSN.
Klik di sini bagi :
> Panduan Kemasukan Diploma & Diploma Lanjutan
> Panduan Kemasukan Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia
Kemudahan
JTM menyediakan pelbagai kemudahan di setiap Institusi latihannya seperti kemudahan asrama, makanan, dewan kuliah, makmal, bengkel latihan, kemudahan sukan & riadah, kantin, makmal komputer, perpustakaan dan sebagainya.
Bayaran
Yuran Pengajian:
• Diploma & Diploma Lanjutan: RM3000.00 setahun. (Pinjaman Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) boleh dipohon bagi yang layak
• Sijil & Sijil Lanjutan: Percuma, kecuali pelajar tajaan.
• Lain-lain bayaran yang dikenakan semasa hari pendaftaran (anggaran RM400-RM500).
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut, sila berhubung terus dengan pegawai di bahagian berikut:
Bahagian Pengurusan Pelajar dan Latihan (BPPL)
Institut Latihan Perindustrian ( ILP ) Marang,
Kg Bukit Parit,
21600 Marang
Terengganu Darul Iman.
Talian Terus : 09-6189043/09-6189029
Email : bppl_ilpmrg@jtm.gov.my
Notis Hak Cipta | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Soalan Lazim
Pihak ILP Marang tidak akan bertanggung jawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman Portal ini. Portal ini sesuai dilayari pada resolusi 1024x768 piksel menggunakan pelayar Microsft Edge, IE (v10 ke atas), Firefox, Chrome, Opera, dan Safari.
Loading..