PENGENALAN
Kursus Teknologi Mekatronik adalah satu kursus yang mempunyai permintaan tinggi dari pelbagai industri pada masa sekarang. Kursus ini merupakan kombinasi dari pelbagai bidang seperti elektronik, elektrikal, mekanikal, sistem kawalan, komputer, rekabentuk automasi dan sebagainya. Kursus ini dibentuk selaras dengan persekitaran industri yang terkini dan memberi penekanan dan pendedahan kepada sistem automasi dan robotik yang terbaru pada masa kini.
Kemudahan yang disediakan adalah seperti bengkel dan makmal yang dilengkapi dengan peralatan latihan dan mesin yang canggih seperti “pneumatic” dan “hydraulic trainer” dari jenama Festo, “ Programmable Logic Controller” dari Omron, “robotic” dari KUKA , “Modular Production Systems (MPS)” dari Power Air, peralatan pengujian elektrik dan elektronik dan lain-lain. Setiap makmal dan kelas juga dilengkapi dengan penghawa dingin bagi memberi keselesaan kepada semua pelajar yang belajar di sini. Pengajar di sini juga adalah terlatih serta mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang tinggi di dalam bidang ini.
Manakala pelajar juga akan dibekalkan dengan bahan-bahan rujukan yang berkaitan mengikut perubahan teknologi semasa serta lawatan industri ke kilang-kilang yang terpilih setiap tahun dengan pelbagai aktiviti berkaitan sebagai pendedahan awal kepada pelajar sebelum memasuki alam pekerjaan.
TEMPOH LATIHAN
18 Bulan
KELAYAKAN AKADEMIK
**(Tidak buta dan rabun warna)
**(Tidak pekak)
PERSIJILAN
Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dan Tahap 3 ditauliahkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK);
Sijil Teknologi Perindustrian ditauliahkan oleh Jabatan Tenaga Manusia (JTM)
KETERANGAN KURSUS
Subjek / Modul yang ditawarkan di sini merupakan subjek yang terkini mengikut keperluan industri seperti Robotik, Elektronik, Elektrik, Pneumatik, Hydraulik, Pemesinan, Autocad, Programmable Logic Controller (PLC), Networking, Jigs and fixtures dan sebagainya.
PELUANG KERJAYA
Mereka yang terlatih dalam bidang ini akan mempunyai peluang kerjaya yang sangat cerah untuk berkhidmat dalam sektor awam dan industri (swasta) yang menggunakan sistem automasi dan robotik seperti di dalam sektor industri pembuatan, pelabuhan, sektor elektrik dan elektronik, sektor petrokimia dan sebagainya. Para graduan boleh bekerja sebagai Juruteknik atau Juruteknik kanan dalam bidang-bidang seperti elektronik, elektrik, mekatronik, automasi, mekanikal, sistem kawalan, komputer, rekabentuk automasi dan sebagainya.
Notis Hak Cipta | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Soalan Lazim
Pihak ILP Marang tidak akan bertanggung jawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman Portal ini. Portal ini sesuai dilayari pada resolusi 1024x768 piksel menggunakan pelayar Microsft Edge, IE (v10 ke atas), Firefox, Chrome, Opera, dan Safari.
Loading..