Perhimpunan Bulanan Kakitangan bersama Pengarah bil 8/2024 telah diadakan bermula jam 8.30 pagi bertempat di Bilik Seminar ILP Marang. Antara intipati majlis yang berlangsung pada pagi ini adalah sesi perkongsian berkenaan Tahap Kompetensi Pengajar ILP Marang bagi tahun 2023 oleh Penolong Pengarah BKKL, Puan Wan Nor Munirah binti Wan Yusof dan majlis diteruskan dengan sesi penyampaian amanat oleh Pengarah ILP Marang, Ts. Zahari bin Jusoh.
