ILP Marang telah mengadakan Kursus Pengurusan Keselamatan Perlindungan Tahun 2024 sejurus selepas perhimpunan kakitangan bersama pengarah.

Kursus ini telah disampaikan oleh penceramah daripada Pejabat Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia (CGSO) Negeri Terengganu iaitu Encik Azri bin Ajid (Penolong Pegawai Keselamatan Kerajaan).

Objektif kursus ini diadakan adalah untuk meningkatkan pengetahuan berkaitan dasar, peraturan dan sistem kawalan keselamatan dan perlindungan pejabat selaras dengan Arahan Keselamatan (Semakan dan Pindaan 2017), Surat Pekeliling Am Bil.3 Tahun 2021 (Meningkatkan Kualiti dan Tadbir Urus Keselamatan Perlindungan Di Jabatan- Jabatan Kerajaan) dan lain-lain arahan yang berkuatkuasa.

Selain itu, kursus ini juga diadakan untuk memberi pendedahan dan kefahaman mengenai prinsip-prinsip tertentu untuk dilaksanakan oleh semua Jabatan Kerajaan yang bertujuan untuk mengawal rahsia-rahsia Kerajaan dan perkara-perkara rasmi dengan berkesan serta mengawal pergerakan maklumat-maklumat terperingkat (dokumen) serta pengurusan keselamatan peribadi/keselamatan ICT.

Adalah diharapkan agar semua kakitangan ILP Marang dapat menambah pengetahuan dan meningkatkan kefahaman dalam usaha menghasilkan Keselamatan dan Perlindungan yang teratur serta berkesan yang dapat diaplikasikan pada masa akan datang.