Program Sambutan Maulidur Rasul Peringkat ILP Marang telah berjaya dilaksanakan pada pagi yang barakah hari ini. Program dimulai dengan perarakan dan selawat oleh semua pelajar dan kakitangan bermula dari perkarangan astaka hingga ke Dewan Kuliah Utama.

Program diteruskan lagi dengan sesi ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Ahmad Muzani bin Abd Rahman dari Madrasah Ma’had Baiturrahman. Para hadirin juga dipersembahkan dengan alunan nasyid oleh para pelajar.

Program diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada pemenang pertandingan perarakan dan pemenang kuiz Maulidur Rasul.