Telah berlangsung Kursus Asas Robotik di Makmal Komputer, Bahagian Teknologi Mekatronik dengan kehadiran seramai 30 orang pelajar diringi 5 orang guru pengiring dari SMKA Durian Guling. En. Shahraine dan En. Khairil Amirul telah diamanahkan untuk mengajar pelajar berkenaan mengenai pengenalan asas-asas pengaturcaraan, komponen-komponen elektronik dan seterusnya penyambungan antara muka hardware dan software.

Pada sebelah petang, telah diadakan satu majlis ringkas menandatangani Nota Kerjasama (NK) di antara pihak SMKA Durian Guling dan ILP Marang bagi menjalinkan hubungan kerjasama antara dua pihak. Pihak ILP Marang telah diwakili TPO, En Mohd Solleh Bin Seman manakala SMKA Durian Guling diwakili pengetua, Tuan Haji Nazri bin Ngah. Semoga kerjasama yang terjalin ini membuahkan hasil yang mencetuskan ke arah program pendidikan kemahiran teknikal dan vokasional (TVET).