Telah berlangsung hari ini Majlis Persaraan Puan Zalina binti Abdul Rahman dan Majlis Perpisahan 2 orang staff ILP Marang iaitu En. Yatimi bin Arshad dan Pn. Rusliza binti Yaacob yang akan berpindah ke ILP Kota Bharu.

Majlis perpisahan ini dianjurkan oleh Kelab Sukan dan Kebajikan Kakitangan (MITSaCC) ILP Marang. Majlis dimulai dengan bacaan doa sebelum diteruskan dengan ucapan Pengerusi MITSaCC, ucapan pegawai yang diraikan, ucapan Pengarah, tayangan video, penyampaian hadiah dan jamuan makan.

Sekalung penghargaan dan ribuan terima kasih kepada yang dirai di atas jasa dan khidmat bakti yang dicurahkan sepanjang berkhidmat di ILP Marang.