Majlis Penutup MSK Sesi 1 2023 telah diadakan di Dewan Kuliah Utama ILP Marang pada jam 10.00 pagi.
Majlis dimulai dengan nyanyian Lagu Negaraku, Lagu JTM dan Lagu ILP Marang serta bacaan doa oleh Wakil MPP. Majlis diteruskan dengan ucapan daripada Pengerusi MSK Sesi 1 2023 iaitu En Mohd Salihin b Ab Rahman dan ucapan Perasmian Penutup oleh Puan Pengarah Ts. Norlela bt Mustafa.
Seterusnya majlis penyampaian hadiah kepada para pelajar serta wakil MPP. Semoga dengan program yang telah dijalankan sepanjang MSK dapat menambahkan semangat para pelajar untuk meneruskan pembelajaran nanti.

