Satu program kerjasama dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) – ROS telah diadakan bertempat di Dewan Kuliah Utama ILP Marang. Program ini diberi nama SIMBIOSIS ROS (SIMROS) yang melibatkan semua pelajar (ILP & CIAST) serta warga ILP Marang.


Program ini mendedahkan tentang NGO iaitu REMIT (Rakan Elit Murid Intelek Terengganu) kepada para pelajar. Program ini juga dijalankan bagi meningkatkan motivasi pelajar untuk bersiap siaga bagi membina masa depan kerjaya.


Ceramah motivasi telah disampaikan oleh Yb Tn Haji Hamzah bin Kammapu (Presiden Persatuan REMIT), Dr. Munirah bt Abd Rahman (Setiausaha REMIT) dan Proffesor Dr. Khatijah bt Omar (Ketua Biro Akademik REMIT).