Pelbagai aktiviti telah dijalankan dalam Program Ihya’ Ramadhan (Ramadhan yang dirindui). Program ini adalah anjuran Bahagian Pengurusan Pelajar & Latihan (BPPL) bersama Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) ILP Marang.

Antara aktiviti yang dijalankan adalah Tadarus Al-Quran, pertandingan tilawah al-Quran, pertandingan alunan azan, pertandingan kaligrafi arab dan juga Kuiz Ihya’ Ramadhan. Aktiviti yang dijalankan ini mendapat sambutan yang baik di kalangan pelajar dan juga staf.

Diharapkan program ini dapat merapatkan lagi hubungan antara warga ILP Marang dan seterusnya dapat melahirkan umat yang cemerlang di dunia dan akhirat serta menjadi insan yang bertakwa di samping menjadikan al-Quran sebagai panduan hidup.