Telah berlangsung Program Gotong Royong di Asrama Perempuan (AP) Blok 1 yang melibatkan semua pegawai , kakitangan dan pekerja kebersihan ILP Marang. Ini sebagai persediaan ILP Marang dalam menerima kehadiran pelajar baharu yang akan mula mendaftar pada 7 Februari 2023.

Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan ialah program solat hajat dan bacaan yasin, kerja-kerja membersihkan persekitaran, penggantian langsir / tilam, serta kerja-kerja penyelenggaraan sivil dan eletrik. Program ini turut melibatkan Puan Pengarah, Ts. Norlela binti Mustafa yang sempat bertemu semua staf dalam acara yang ringkas sebelum program bermula.