Institut Latihan Perindustrian Marang telah menerima Lawatan Panel Penilai Pentauliahan Program Kemahiran pada hari ini daripada 3 orang pegawai iaitu Encik Uda Hamdan Bin Abd Rahim (JPK), Encik Mohd Hermezan Bin Ghazali (Panel) dan Encik Ramzan Bin Mohd Nawi (Panel). Lawatan ini adalah bertujuan untuk membuat penilaian terhadap penambahan program bagi bengkel Teknologi Mekatronik. Penyemakan dokumentasi melibatkan elemen personel, silibus latihan, peralatan dan fasiliti disamping melihat fasiliti di bengkel secara fizikal.