Telah berlangsung Majlis Perhimpunan Bulanan Kakitangan 1/2024 yang diadakan di Bilik Seminar ILP Marang.

Majlis bermula dengan nyanyian Lagu Negaraku, Selamat Sultan dan Lagu Jabatan Tenaga Manusia. Majlis disusuli dengan Bacaan Ikrar yang diketuai oleh encik Wan Rusmaryzal bin Che Wan Muhammad. Seterusnya majlis pengenalan pegawai baharu iaitu Puan Maria Fahida binti Zainal Fuaddi sebagai Timbalan Pengarah Latihan dan diakhiri dengan sesi ucapan dari puan Pengarah ILP Marang, Ts Norlela binti Mustaffa.

Majlis turut mengumumkan encik Ahmad Fazril bin Mat Zin dan encik Mohamad Zulkhairi bin Ariffin sebagai Anugerah Pekerja Contoh ILP Marang bagi sukuan keempat 2023.