Telah berlangsung Majlis Sambutan Aidilfitri 2023 yang telah diadakan di Dewan Besar ILP Marang. Majlis bermula jam 8.30 pagi ini dimulakan dengan sesi bergambar kakitangan dan seterusnya majlis jamuan makan yang dihadiri oleh semua warga ILP Marang. Majlis turut dimeriahkan dengan kehadiran Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Manusia (JTM), YBRS Ts. Kamaruzaman bin Md Ali dan isteri, Ketua-ketua jabatan daerah Marang serta tetamu jemputan yang lain.

Turut berlangsung, Majlis perpisahan pegawai, Puan Asbiliya binti Derahman yang telah bertukar ke IKBN Kemasik berkuatkuasa 10 April 2023. Ucapan jutaan terima kasih atas segala bakti selama berkhidmat di ILP Marang dan selamat maju jaya.