Seramai 60 orang pelajar baharu telah berdaftar hari ini yang terdiri daripada Kursus Teknologi Polimer, Teknologi Automotif, Teknologi Minyak & Gas (Lukisan Perpaipan) dan Teknologi Mekatronik bermula jam 8.30 pagi bertempat di Dewan Besar ILP Marang.

Sesi Taklimat kepada Ibu Bapa / Penjaga juga telah diadakan di Dewan Kuliah Utama pada jam 11.00 pagi dan telah disampaikan oleh Timbalan Pengarah Operasi, iaitu En. Mohd Solleh bin Seman.

Tahniah dan Selamat Datang diucapkan kepada semua pelajar baharu ke ILP Marang. Semoga mendapat ilmu yang bermanfaat selama di sini nanti.