Perhimpunan pelajar bersama Pengarah bil 2/2023 telah diadakan bertempat di Dewan Kuliah Utama ILP Marang. Program bermula dengan ucapan daripada Ketua Bahagian Mekatronik dan seterusnya ucapan daripada Puan Pengarah.

Agenda kali ini termasuklah penyampaian hadiah sempena Program Ihya’ Ramadhan 1444H iaitu Pertandingan Laungan Azan, Pertandingan Quiz Ihya’ Ramadhan, Pertandingan Kaligrafi Arab, Pertandingan Tilawah Al-Quran dan Pertandingan Hafazan.

Seterusnya Penyampaian Zakat SSM kepada pelajar kategori asnaf dan sesi fotografi hari raya pelajar dan staf ILP Marang.